Interview Selepas SPM (senibina UiTM)


Assalamualaikum.

So today I'm not gonna talk about The Interview movie (which is sucks. Not funneh at all).

I'm going to talk about my interview. yes. Sebab saja-saja nak bajet konon banyak pengalaman.

Jadi dulu lepas isi UPU untuk SPM, saya dipanggil di interbiu untuk course Sarjana Muda Sains(Kepujian) Seni Bina. Haaa. Lebih kurang macam tu lah bunyi nya. A little bit clueless lah about how the interview are going to be. So, now I'm helping you guys out there!


I need to remind you yang interview ni berlaku bertahun tahun yang lalu ok. Saya SPM 2012. Time interview tu umur 18. Jangan pulak korang nak saman belog ni pulak kalau-kalau interview korang esok lusa lain cerita.

Apa yang perlu dibawa:
1. Apa yang memang di suruh bawa such as sijil, result, etc.
2. Pensil 2B dan pemadam (selain 2B tak boleh guna waktu lukis nanti)
3. Artwork portfolio (kalau ada)

Sebelum interview ada ujian drawing dulu. Masuk dalam satu bilik, duduk kat mana-mana meja and you have to draw the object in front you. Simple je. Just bongkah bongkah bongkah silinder, piramid, sfera, yang disusun atas meja. Lukis je benda tu semua. Lukisan tu dia bagi guna pensil 2B sahaja. Time nak lukis tu semangat I bawa pensil HB dan adik-beradiknya. Tapi dia tak bagi pakai pun. And dia memang suruh buat shading kat lukisan tu. Supaya nampak sikit dimension of the objects.

Lepas habis lukis tu sempat pulak I ambik gambar curi-curi. Maaflah hodoh lukisan sebab hentam je. Pagi sebelum interview baru google macam mana nak lukis & shading. Tu hodoh sangat tu.




Lukisan tu nanti interviewer akan tengok sambil interview kita. Lepas lukis nanti dia kutip lukisan. Keluar dari bilik, lepas tu tunggu kat luar untuk sesi interview pula. Time tu dia tak panggil nama sorang-sorang pun untuk masuk bilik interview. Pergi je masuk kalau dah bersedia.

Time saya interview cakap bahasa melayu je. Tapi tak taulah kalau kat tempat interview negeri lain macam mana. I punya tempat interview dulu kat UiTM kampus Kuala Terengganu. Interviewer tak tanya banyak soalan pun. Maybe sebab I orang second last time tu. Mana tau dia nak balik cepat-cepat ke.

Contoh Soalan Interview:

Honestly saya tak ingat sangat soalan-soalan dia. Tak ingat ada ke tak soalan suruh introduce diri. Tapi soalan yang architecture-related yang ditanya ialah:

Siapa arkitek favorite?

Sebut satu bangunan arkitek tu?

Betul-betul minat nak jadi arkitek ni?

Kalau awak dapat offer ni awak memang terima ke?

Korang jawab je se-confident yang mungkin. Cakap yang korang betul-betul passionate. Cakap je nanti saya terima offer ni kalau dapat. Jangan tunjuk ada doubt sikit pun. Saya biasa buat macam tu time interview. Time interview tu dia takde tanya soalan pelik-pelik pun. Dia terima je jawapan tanpa banyak tanya. Pastu move on soalan lain.

Oh dia ada mintak nak tengok artwork ke apa kalau ada bawak. Dah memang aku takde nak tunjuk apa. Heh. Pastu I pun cakap,

"saya ada sketch-sketch bangunan, atau interior design ni. Tapi saya tak bawak, sebab saya guna software Sketch Up. Tapi saya selalu lah design time-time free."

BAJET BETUL. (but it's true)

Haaa. Korang tunjuk lah yang korang ni passionate konon-konon selalu lukis, design lah. Untuk mengukuhkan modal sebab tak bawak portfolio. Kalau tak pernah lukis-lukis and sketch pun, korang tipu je lah. Hahahahahah.

Keputusan UPU:


Alhamdulillah dapat tawaran untuk Sarjana Muda Sains(Kepujian) Seni Bina di UiTM Shah Alam. TAPI saya tolak tawaran tu sebab dapat tawaran dari MARA untuk architecture jugak. Tapi tolak jugak offer MARA sebab masuk Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Time interview beria cakap nak terima kalau dapat offer. Last last tak pergi, rasa berdosa pulak menipu puan yang interview tu.

Bukan apa, tiba-tiba rasa tak yakin nak jadi arkitek.

Course ni ada kat dua tempat, UiTM Shah Alam dan Seri Iskandar. Ada juga schoolmate dapat offer sama kat Shah Alam juga. Tapi dia memang betul-betul terrer lukis. Course ni kemasukan bulan 9 sebab degree. Berbeza dengan asasi, matrikulasi dan diploma.

So, good luck ye kalau ada yang dapat interview ni jugok!

Feel free to ask anything :)

No comments