Rutin harian pulang kuliah


Assalamualaikum

Pulang rumah naik Gojek untuk mengelakkan macet dan bayar pun murah. Kadang-kadang free.
Macet kat Jakarta memang takleh bawa bincang. Kalau ramai baru naik Grabcar.


Kalau lapar, suruh pakcik Gojek stop depan pasar, sebab nak beli lunch. Antara pilihan lunch yang murah ialah nasi padang. Bukan nasi padang kat restoran ye, situ harga cekik darah. Pakcik kedai ni selalu tanya kalau lama tak beli kat kedai dia. Regular customer I ni ok!


Banyak pilihan tapi selalu beli makanan sama je dok tahu bakpe. Sebab ayam bakar dia rasa macam ayam percik Malaysia sikit. So selalu order tuuu jeeee.


Nasi, ayam bakar, nangka, sambal hijau + teh tawar.
Harga Rp15ribu atau RM5.00
Tak faham kenapa orang Malaysia datang Indonesia minum teh botol. Padahal rasa macam teh yang tawar takde gula! Aku rasa orang Malaysia yang cakap suka teh botol ni semua dusta belaka for the sake of Instagram photos. Lulz. Yang best air Fruit Tea! Brand sama jugak dengan teh botol (SOSRO), tapi berperisa buah-buahan. Ada blackcurrent, apple, ice, etc. Lagi sedap dari teh botol kaca tu.


Sampai bertemu lagi.
babai...