Jom Cuti dengan Promosi Tiket Malaysia Airlines


Assalamualaikum

              Disember ni cuti christmas, but I still tengah fikir nak balik Malaysia ke tak untuk cuti tu. Nak balik tapi thesis tak siap lagi. Tapi kalau tak balik jiwa raga tak tenang jugak sebab fikir kampung especially kucing I baru beranak tapi tak reti jaga anak (smh). Bukan tu je, tiket pun pricey jugak, rasa sayang nak habiskan beribu sebab banyak duit nak pakai untuk beli makeup and kasut barang time practical nanti.

              Jadi sebab nak tiket murah, jadi rutin harian kitaorang student student ni ialah gigih menge-cek harga flight tiket kat website. Antara website yang wajib buka tiap hari time lecturer bosan mengajar kat depan ialah Traveloka! Kebetulan ada promosi best dari Malaysia Airlines, so I nak share la kat korang semua sebab saya masyarakat penyayang yang sering membantu bagai aur dengan tebing (gituu).

bercuti penting untuk menenangkan minda dan menunjuk di social media

              Ok sabar! Sabar! I nak cerita ni macam mana nak dapatkan tiket idaman korang pada harga yang terendah dengan harga luar biashee. First, korang kena buat penempahan tiket secara online barulah korang akan dapat harga promosi tu. I suggest korang better booking cepat-cepat sebab tiket adalah terhad!!! Lepas baca blog ni terus book ye kalau tak menangis tak berlagu di tepian gantang pulak nanti kalau habis promosi.

Macam mana nak booking?

              Korang boleh layari website Traveloka untuk booking tiket secara online. Korang follow je step by step, fill in tempat, tarikh dan seterusnya. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, dalam website tu ada jugak link cara-cara untuk tempah tiket online guna Traveloka. Senang je, korang just ikut user guide tu okay.

Apa yang best tentang Malaysia Airlines ni?

              Banyak yang best okay!!! Kalau I balik Malaysia, Malaysia Airlines la first sekali yang I akan cek tiket. My favorite thing about Malaysia Airlines ialah korang boleh bawa bag seberat 30kg! Haa 30kg dah macam 3 guni beras dah. Korang nak bawak apa korang bawak la. Kalau I balik dari Malaysia ke Jakarta, biasanya I akan guna sepuas hati 30kg tu. I bawak semua benda macam Milo, sos cili, keropok lekor, budu, tisu, makeup sampai luggage tu nampak macam kedai runcit. Rasanya kalau penerbangan lain mana ada bagi penumpang bawa bag yang beratnya lebih dari 20kg. Malaysia Airlines je yang baik hati macam ni. Thank you Malaysia Airlines <3


              Harga tiket promosi yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines ni sangat tidak masuk akal. Nak tahu kenapa? Korang tahu tak, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hanya RM79!!! (inhale, exhale) Haa nampak tak berapa banyak diskaun yang Malaysia Airlines tawarkan kat korang and aku sekali..hahaha! Itu yang dalam Malaysia ye, kalau korang nak pergi ke luar dari Malysia pulak, harga tiket dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia ialah bermula dari RM250++ !! Ingat tau tiket adalah terhad, first come first served! Jangan sampai korang terlepas peluang keemasan ni. So pada korang yang tak tahu nak bercuti kat mana tu korang boleh la tukar angin untuk bercuti di luar Malaysia pulak sementara harga tiket flight tengah promosi.

              Memang berbaloi kalau korang naik flight Malaysia Airlines ni, worth the price. Facility and servis memang tiptop. Antara facility yang ada ialah tv untuk korang tengok cerita, movie, or baca Al-Quran (especially time flight bergegar) sementara sampai ke destinasi yang di tuju. Boleh jugak main games, dengar radio, layari internet kerana Malaysia Airlines pun sediakan perkhidmatan WiFi. Dan tak lupa juga makanan! Malaysia Airlines ada sediakan snek percuma untuk para penumpang. Dengar je makanan percuma terus lapar balik! Hahahaha. Bukan tu je, ada jugak makanan lain dan setiap makanan yang dihidangkan berbeza mengikut destinasi korang pergi. Kalau I pulang ke Jakarta, I suka balik pagi so atas flight I akan pilih nasi lemak. Kononnya that’s my last malay food sebelum sampai Indonesia la. Saje nak bajet sedih atas flight.

              Keselesaan dalam flight Malaysia Airlines memang memuaskan. Kalau korang nak lagi selesa boleh la pilih seat class yang lagi selesa macam First Class. Class economy dan business pun boleh tahan selesa dah. Tapi, setiap harga tiket promosi yang ada ni berbeza ye mengikut class seat yang korang pilih. Depends korang nak yang mana, tapi dah alang-alang Malaysia Airlies buat promosi ni tak rugilah kalau korang cuba seat yang First class tu! Ahahhaa sesekali nak merasa macam VVIP kan. Korang search je Malaysia Airlines promosi terkini dan book cepat tiket flight!

Sekian.
Assalamualaikum
bubyee