Sampul raya cantik and #RayaHacks

9:33 AM

Assalamualaikum.

Adakah anda sekarang sudah bosan dengan design sampul raya yang selalu template lebih kurang je. Sikit-sikit letak gambar masjid, tak pun bintang dan bulang. Tak lupa juga kepada ketupat.

Haaaa. I just found this awesome instagram.

@ohmayesa

Instagram ni style jual sticker-sticker deco dinding yang sangat cantik.
(Kalau duk kat Malaysia comfirm dah beli)

Tapi baru-baru ni diorang release sampul raya yang sangat cantik.
Dah takde dah corak masjid, bulan bintang, bahkan perkataan "Selamat Hari Raya".


I just tweet that for joke and suddenly got thousands of Retweets. So punny



Sampul ni bercorak geometri, shapes, line dan lain-lain. Ada jugak yang bermotifkan flora tetapi malangnya tidak ada fauna. Tapi kalau anda berdegil dan hati anda berbisik,

"saya tetap, ingin dan harus nak motif fauna!"

Mungkin anda boleh request yang custom made (mana tau kalau-kalau boleh). Jadi boleh lah anda request corak kucing, itik, panda, ataupun ular kapak. Kiut sangat. Tak gitu?

Hah! Bukan itu sahaja woiiiii.

Kat sampul ni siap ada space provided lagi untuk tulis To: dan From:
Bijak bukan?




Jadi anda tidak akan lagi lupa untuk memberi duit raya untuk sanak saudara andaaaaa.
Ye lah dahlah sanak saudara ramai. Adik beradik sendiri dah 7. Anak saudara lagi lah ramai. Pastu belum masuk adik-beradik husband yang 12 orang tu. Jadi dengan adanya sampul raya ni boleh lah tulis nama anak sedare sorang-sorang atas sampul tu.

(#RayaHacks: kalau tak ingat nama anak sedare, time kasi duit raya tu baca je kat sampul tu) *ting* *tunjuk thumbs up sambil angkat kening*

(#RayaHacks: dengan adanya kemudahan untuk tulis nama ni, anda tidak akan lagi confuse tertukar sampul berisi RM10 dan RM50. Ye lah kalau sedare yang dah besar (sedang belajar di menara gading) kena la dapat banyak. Budak kecik buat apa banyak-banyak. Sampul berisi RM50 tu boleh tulis siap-siap nama sedare yang dah besar tu.)

Ok bye. Assalamualaikum

*Pictures are courtesy of @ohmayesa instagram account*

*originally nak letak embed code tapi tak keluar. Terpaksa la saya screenshot dengan gigih demi nak tunjuk sampul raya ini untuk tatapan pembaca sekalian*





You Might Also Like

4 comments

  1. Comelnya. Kad raya design modern.

    ReplyDelete
  2. @Dayana Zahari : Comel sangattt

    @Myra Azraff : beli cepat beliii :)

    ReplyDelete
  3. Hidayah, saya dah buat total expense travel haritu :) jemput tengok
    and nk jemput join GA

    http://www.dayanazahari.com/2015/06/dayana-and-durratunkhayla-surprise.html

    ReplyDelete

Popular Posts

Instagram