UPU tips for SPM leavers

Assalamualaikum

Saya disini cuma ingin share benda penting yang saya tau time saya isi UPU lepas SPM dulu.

Jika anda qualified dalam requirement untuk asasi/kursus tersebut, tidak bermakna anda akan dapat. Lebih lebih lagi jika result anda bukan straight A's.

Sebagai contoh, ada asasi ni requirement 7A, dan anda layak untuk mohon. Tapi hakikat sebenar, mereka hanya terima yang straight A's. Jadi jangan buang masa pilih yang ni untuk pilihan pertama UPU.

Macam mana nak tahu? Tanya orang dari universiti tersebut.

My Umi sangat mengambil serius tentang uni yang akan saya pilih, so Umi call uni tu tanya anak saya dapat 7A, boleh diterima tak agak agak kalau apply UPU asasi ni? Dan orang tu pun cakap,

"ye, memang requirement lepas, tapi sebenarnya kami ambil yang 9A je."

Lepas tu terus tak jadi apply asasi kat Uni tu.

Sayang la kalau result anda 8A (kurang 1A) contohnya, tapi anda buat first choice untuk uni di atas, sedangkan asasi di uni lain mungkin akan terima anda jika letak di pilihan pertama. Jadi buat la pilihan yang bijak.

Ada beberapa orang yang saya jumpa di matrik, kurang 1A je tapi masuk matrik sebab dia letak first choice di uni tersebut.

Good luck semua SPM leavers! Semoga result anda berwarna warni pelangi :)

1 comment

  1. Terima kasih atas tips ini untuk SPM leavers. Ia sangat berguna untuk anak-anak muda. Saya memerlukan tips cat rumah untuk rumah baru saya. Minta share jika ada info lebih!

    ReplyDelete