Assalamualaikum
Disember ni cuti christmas, but I
still tengah fikir nak balik Malaysia ke tak untuk cuti tu. Nak balik tapi
thesis tak siap lagi. Tapi kalau tak balik jiwa raga tak tenang jugak sebab fikir
kampung especially kucing I baru beranak tapi tak reti jaga anak (smh). Bukan
tu je, tiket pun pricey jugak, rasa sayang nak habiskan beribu sebab banyak
duit nak pakai untuk beli makeup and kasut barang time practical nanti.
Jadi sebab nak tiket murah, jadi
rutin harian kitaorang student student ni ialah gigih menge-cek harga flight
tiket kat website. Antara website yang wajib buka tiap hari time lecturer bosan
mengajar kat depan ialah Traveloka! Kebetulan ada promosi best dari Malaysia
Airlines, so I nak share la kat korang semua sebab saya masyarakat penyayang
yang sering membantu bagai aur dengan tebing (gituu).
bercuti penting untuk menenangkan minda |
Ok sabar! Sabar! I nak cerita ni
macam mana nak dapatkan tiket idaman korang pada harga yang terendah dengan
harga luar biashee. First, korang kena buat
penempahan tiket secara online barulah korang akan dapat harga promosi tu.
I suggest korang better booking cepat-cepat sebab tiket adalah terhad!!! Lepas
baca blog ni terus book ye kalau tak menangis tak berlagu di tepian gantang
pulak nanti kalau habis promosi.
Macam
mana nak booking?
Korang boleh layari website Traveloka untuk booking tiket secara
online. Korang follow je step by step, fill in tempat, tarikh dan seterusnya.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, dalam website tu ada jugak link cara-cara
untuk tempah tiket online guna Traveloka. Senang je, korang just ikut user
guide tu okay.
Apa
yang best tentang Malaysia Airlines ni?
Banyak yang best okay!!! Kalau I
balik Malaysia, Malaysia Airlines la first sekali yang I akan cek tiket. My
favorite thing about Malaysia Airlines ialah korang boleh bawa bag seberat
30kg! Haa 30kg dah macam 3 guni beras dah. Korang nak bawak apa korang bawak
la. Kalau I balik dari Malaysia ke Jakarta, biasanya I akan guna sepuas hati
30kg tu. I bawak semua benda macam Milo, sos cili, keropok lekor, budu, tisu,
makeup sampai luggage tu nampak macam kedai runcit. Rasanya kalau penerbangan
lain mana ada bagi penumpang bawa bag yang beratnya lebih dari 20kg. Malaysia
Airlines je yang baik hati macam ni. Thank you Malaysia Airlines <3
Harga tiket promosi yang
ditawarkan oleh Malaysia Airlines ni sangat tidak masuk akal. Nak tahu kenapa?
Korang tahu tak, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu hanya RM79!!!
(inhale, exhale) Haa nampak tak berapa banyak diskaun yang Malaysia Airlines
tawarkan kat korang and aku sekali..hahaha! Itu yang dalam Malaysia ye, kalau
korang nak pergi ke luar dari Malysia pulak, harga tiket dari Kuala Lumpur ke
Jakarta, Indonesia ialah bermula dari RM250++ !! Ingat tau tiket adalah terhad,
first come first served! Jangan sampai korang terlepas peluang keemasan ni. So
pada korang yang tak tahu nak bercuti kat mana tu korang boleh la tukar angin
untuk bercuti di luar Malaysia pulak sementara harga tiket flight tengah
promosi.
Memang berbaloi kalau korang naik
flight Malaysia Airlines ni, worth the price. Facility and servis memang
tiptop. Antara facility yang ada ialah tv untuk korang tengok cerita, movie, or
baca Al-Quran (especially time flight bergegar) sementara sampai ke destinasi
yang di tuju. Boleh jugak main games, dengar radio, layari internet kerana
Malaysia Airlines pun sediakan perkhidmatan WiFi. Dan tak lupa juga makanan!
Malaysia Airlines ada sediakan snek percuma untuk para penumpang. Dengar je
makanan percuma terus lapar balik! Hahahaha. Bukan tu je, ada jugak makanan
lain dan setiap makanan yang dihidangkan berbeza mengikut destinasi korang
pergi. Kalau I pulang ke Jakarta, I suka balik pagi so atas flight I akan pilih
nasi lemak. Kononnya that’s my last malay food sebelum sampai Indonesia la.
Saje nak bajet sedih atas flight.
Keselesaan dalam
flight Malaysia Airlines memang memuaskan. Kalau korang nak lagi selesa boleh
la pilih seat class yang lagi selesa macam First Class. Class economy dan
business pun boleh tahan selesa dah. Tapi, setiap harga tiket promosi yang ada
ni berbeza ye mengikut class seat yang korang pilih. Depends korang nak yang
mana, tapi dah alang-alang Malaysia Airlies buat promosi ni tak rugilah kalau
korang cuba seat yang First class tu! Ahahhaa sesekali nak merasa macam VVIP
kan. Korang search je Malaysia Airlines promosi terkini dan book cepat tiket flight!
Sekian.
Assalamualaikum
bubyee
Menarik, akan dipertimbangkan..
ReplyDeleteKebetulan memang dalam perancangan ke Kota Kinabalu..
Thanks Hidayah for this info ;-)
Kannn.. Memang sekarang musim orang gi bercuti kat KK.
DeleteSama sama
Jarang betul MAS buat promosi. Nak tengok jap. Btw, dayah belajar mana tu?
ReplyDeleteKena selalu cek kat website. Dayah pernah cek, harga pagi, siang, petang boleh beza beza. Belajar kat area Jakarta Barat :)
Deletefuhhh..murah tu tiker dari KL ke jakarta. macam kena pergi sana je hehe
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
kalau murah tu datang la sini. Boleh jumpa dayah. hahahaha
DeleteThanks infonya :)
ReplyDeletesama sama :)
Delete